Datuk Vida Dapat Tawaran Berlakon Daripada Michael Ang


SIAPA yang tidak kenal dengan personaliti yang cukup popular dengan tagline ‘Qu Puteh..Qu Puteh.. Barulah Puteh’ iaitu Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih mesra disapa Datuk Seri Vida.

Memilih untuk menjadi penaja beberapa program hiburan dan memonopoli iklan stesen televisyen tempatan membuatkan populariti yang dikecapi pengasas produk kecantikan kini persis seorang selebriti.
Bukan itu sahaja, keputusannya mahu menaja pasukan bola sepak Kelantan turut menarik perhatian dan menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia.
Barangkali, melihat fenomena yang berlaku ini sekali gus membuatkan pengarah drama Michael Ang berminat memberi tawaran berlakon kepada Datuk Seri Vida.
Bercerita mengenai tawaran tersebut, Datuk Seri Vida memberitahu dia belum menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran tersebut.
“Watak yang ditawarkan ialah sebagai diri sendiri atau ‘cameo’. Namun, saya belum membuat apa-apa keputusan kerana kekangan masa,” ujarnya.
Tambahnya,  dia mengidamkan untuk berlakonkan watak seperti Elsa dalam filem animasi Frozen dan Maleficent yang dilakonkan Angelina Jolie dalam filem Maleficent pada 2014.
“Saya sukakan watak-watak fantasi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Datuk Seri Vida turut memaklumkan dia dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem.
Bagaimanapun, dia enggan berkongsi jalan ceritanya filem tersebut dan menjangkakan filem tersebut bakal menjadi filem yang luar biasa. 
loading...