MASYALLAH… penjenayah zaman kini makin lama, makin kejam. Entah di mana hilang nilai kemanusiaannya, empat lelaki sanggup membahayakan nyawa seorang bayi berusia dua bulan dan mencederakan seorang nenek gara-gara mahu meragut seutas rantai di hadapan rumah mereka di Taman Kencana, Ampang, pagi Isnin.
Kejadian
kira-kira jam 8.15 pagi itu, mengakibatkan wajah bayi berkenaan calar-balar
manakala neneknya mengalami kecederaan pada kepala dan belakang badan.
Kejadian
itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada kilang yang
terletak di hadapan sebuah rumah.
Rakaman
yang tersebar luas di laman sosial Facebook ini mencetuskan amarah dan ramai
mengecam perbuatan peragut tersebut.
Menerusi
video berdurasi 1.03 saat, ibu kepada bayi malang dikenali sebagai Sofea Shah
sedang duduk atas motosikal sementara si nenek menyerahkan bayinya.
Tiba-tiba
mereka didatangi empat lelaki yang bertindak meragut rantai nenek tersebut
dengan ganas, membuatkan kesemua mereka termasuk bayi terjatuh.
loading...