SIAPA yang tidak kenal dengan personaliti yang cukup popular dengan tagline ‘Qu Puteh..Qu Puteh.. Barulah Puteh’ iaitu Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih mesra disapa Datuk Seri Vida.
Memilih
untuk menjadi penaja beberapa program hiburan dan memonopoli iklan stesen
televisyen tempatan membuatkan populariti yang dikecapi pengasas produk
kecantikan kini persis seorang selebriti.
Bukan
itu sahaja, keputusannya mahu menaja pasukan bola sepak Kelantan turut menarik
perhatian dan menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia.
Barangkali,
melihat fenomena yang berlaku ini sekali gus membuatkan pengarah drama Michael
Ang berminat memberi tawaran berlakon kepada Datuk Seri Vida.
Bercerita
mengenai tawaran tersebut, Datuk Seri Vida memberitahu dia belum menyatakan
persetujuan untuk menerima tawaran tersebut.
“Watak
yang ditawarkan ialah sebagai diri sendiri atau ‘cameo’. Namun, saya belum
membuat apa-apa keputusan kerana kekangan masa,” ujarnya.
Tambahnya,
dia mengidamkan untuk berlakonkan watak seperti Elsa dalam filem animasi Frozen
dan Maleficent yang dilakonkan Angelina Jolie dalam filem Maleficent pada
2014.
“Saya
sukakan watak-watak fantasi,” katanya lagi.
Dalam
pada itu, Datuk Seri Vida turut memaklumkan dia dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem.
Bagaimanapun,
dia enggan berkongsi jalan ceritanya filem tersebut dan menjangkakan filem
tersebut bakal menjadi filem yang luar biasa.
loading...