Monica
Lyn, 25, yang berasal dari Alabama mempunyai cara tersendiri untuk mengembara ke
seluruh dunia tanpa mengeluarkan perbelanjaan walau sesen pun.
Caranya
adalah dengan menyertai laman web Miss Travel di mana lelaki yang dikenali dalam
web itu akan membayar perbelanjaannya itu.
Lelaki
yang dikenalinya juga bukan calang-calang orang dengan lelaki pertama yang
dihubunginya adalah seorang pengarah urusan berusia 31 tahun.
Bagaimanapun
Monica menegaskan tiada jangkaan bahawa dia akan meniduri lelaki yang dikenali
itu.
“Ia
bergantung kepada individu itu dan bagaimana kelakuan anda, ia sama seperti
laman web dating yang lain, cuma banyak mengembara,’’ katanya.
Pengembaraan
Monica bermula pada awal Januari tahun lepas dan bekas penasihat kewangan itu
telah mengembara ke banyak negara termasuk Barbados, Indonesia, Dubai dan
Filipina.
Sebelum
ini, kata Monica, dia tidak pernah keluar dari Amerika Syarikat namun kini
pasportnya sudah hampir penuh.
Selepas
mengenali beberapa lelaki, Monica akhirnya menjalinkan hubungan dengan seorang
ahli perniagaan dalam talian yang berjaya, berasal dari Itali dan kacak.
Sejak
bertemu awal tahun ini, pasangan itu telah mengembara bersama ke tujuh
destinasi.
Mereka
kini telah menyatakan komitmen terhadap satu sama lain dan berjanji tidak akan
menggunakan laman web Miss Travel lagi.
loading...