SINGAPURA
– Bahan kimia dikenali ‘Agent Orange’ tidak menyebabkan keledek
bertukar menjadi hijau, demikian ditegaskan pihak Penguasa Makanan Pertanian dan
Ternakan Singapura (AVA) menerusi laman Facebooknya.
Is susulan gambar dimuat naik ke laman media sosial republik
itu mendakwa ubi keledek Jepun yang ditanam di Vietnam mungkin bertukar warna
disebabkan oleh bahan kimia berbahaya ‘Agent Orange‘ di dalam
tanah.
‘Agent Orange’ adalah racun herba yang
banyak disemburkan ke kawasan darat oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS)
semasa zaman Perang Vietnam awal 1960-an lalu bagi membunuh askar komunis rejim
Vietkong.
Sejumlah 75.7 juta
liter bahan toksik itu dicurahkan ribuan pesawat tentera AS meliputi kawasan
seluas 3.1 juta hektar dan ia berjaya memberi kesan kepada lebih empat juta
penduduk awam Vietnam ketika perang tersebut.
Berdasarkan
gambar yang dimuat naik pada 4 Januari itu, netizen Singapura mendakwa keledek
Jepun apabila sudah dikukus dan disimpan di dalam peti sejuk semalaman,
tiba-tiba boleh bertukar warna menjadi hijau.
Ia
menjadi viral apabila disertakan catatan pengalaman seseorang yang tidak dapat
dikenal pasti dan dikongsi lebih 6,000 kali yang merujuk kepada ‘doktor’
memberitahu ia berkemungkinan disebabkan ‘Agent Orange‘.
Menurut
AVA, ubi keledek secara alami mengandungi flavonoid asli dan
pigmen-pigmen larut air, sekali gus boleh menyebabkan perubahan warna melalui pH
yang pelbagai atau apabila ia terdedah kepada suhu udara berbeza.
Pihak AVA dalam
kenyataan menerusi Facebook pada Isnin menyatakan, warna hijau kehijauan itu
mungkin berlaku secara ‘semula jadi apabila pigmen larut air yang terkandung
dalam ubi keledek terdedah kepada udara’.
“Jika keledek
dijaga dan disimpan dengan betul, ia tidak sepatutnya menimbulkan kebimbangan
keselamatan pengguna,” tambahnya yang menyatakan bahawa makanan import termasuk
keledek sering menjalani ujian kimia.
Ini termasuk bagi
mengesan sebarang kewujudan tahap pencemaran serius dalam pelbagai bentuk lain,
seperti besi berat, racun serangga atau sisa dadah yang mungkin terkandung pada
bahan produk pertanian tersebut.
Stesen
penyiaran tempatan Channel NewsAsia melaporkan, sebarang produk makanan
import yang gagal mematuhi syarat ketat ditetapkan AVA, tidak dibenarkan dijual
di Singapura.
loading...