JUALAN “hands-free Segway” tiba-tiba mejadi popular dan mengalami peningkatan mendadak pada tahun ini.
Alat  peluncur beroda ini popular dalam kalangan anak muda yang mahukan peluncur unik  dan tidak memerlukan banyak tenaga untuk digunakan.
Namun,  sejak akhir-akhir ini timbul desas desus bahawa alat peluncur mudah meletup  sekiranya menggunakan bateri berkualiti rendah.
Ini  membuatkan beberapa syarikat penerbangan mengharamkannya dibawa masuk ke dalam  pesawat.
Terbaharu,  berita mengenai alat ini tambah sensasi apabila seorang paderi Katolik di  Filipina digantung perkhidmatannya kerana menggunakan peluncur beroda ketika  melakukan tugasan di gereja.
Beliau  menggunakan peranti tersebut ketika melakukan tugasnya hujung minggu lalu.
Lembaga  pengurusan Roman Katolik, Keuskupan San Pablo mengeluarkan kenyataan bahawa  tindakan menggunakan peluncur ketika bertugas adalah tidak menghormati etika  ‘kesucian’ gereja.
Seorang  paderi sepatutnya menjalankan tugas dengan ikhlas dan bukannya menggunakan papan  apung yang dirasakan mengganggu tumpuan orang ramai ketika beribadah, ujar  beliau.
Apa  yang berlaku di Filipina ini kami rasakan menarik kerana hukum penggunaannya di  dalam acara agama berbeza dengan Islam.
Beberapa  bulan yang lalu muncul video seorang lelaki melakukan tawaf menggunakan alat  yang sama.
Para  ulama tidak naik berang sebaliknya mengeluarkan fatwa ianya harus digunakan  sekiranya individu tersebut kurang upaya untuk melakukan tawaf dengan tenaga  sendiri.
loading...