JUALAN “hands-free Segway” tiba-tiba mejadi popular dan mengalami peningkatan mendadak pada tahun ini.
Alat
peluncur beroda ini popular dalam kalangan anak muda yang mahukan peluncur unik
dan tidak memerlukan banyak tenaga untuk digunakan.
Namun,
sejak akhir-akhir ini timbul desas desus bahawa alat peluncur mudah meletup
sekiranya menggunakan bateri berkualiti rendah.
Ini
membuatkan beberapa syarikat penerbangan mengharamkannya dibawa masuk ke dalam
pesawat.
Terbaharu,
berita mengenai alat ini tambah sensasi apabila seorang paderi Katolik di
Filipina digantung perkhidmatannya kerana menggunakan peluncur beroda ketika
melakukan tugasan di gereja.
Beliau
menggunakan peranti tersebut ketika melakukan tugasnya hujung minggu lalu.
Lembaga
pengurusan Roman Katolik, Keuskupan San Pablo mengeluarkan kenyataan bahawa
tindakan menggunakan peluncur ketika bertugas adalah tidak menghormati etika
‘kesucian’ gereja.
Seorang
paderi sepatutnya menjalankan tugas dengan ikhlas dan bukannya menggunakan papan
apung yang dirasakan mengganggu tumpuan orang ramai ketika beribadah, ujar
beliau.
Apa
yang berlaku di Filipina ini kami rasakan menarik kerana hukum penggunaannya di
dalam acara agama berbeza dengan Islam.
Beberapa
bulan yang lalu muncul video seorang lelaki melakukan tawaf menggunakan alat
yang sama.
Para
ulama tidak naik berang sebaliknya mengeluarkan fatwa ianya harus digunakan
sekiranya individu tersebut kurang upaya untuk melakukan tawaf dengan tenaga
sendiri.
loading...