Tragedi Selfie - Gambar Terakhir Mahasiswa Jatuh Dalam Kawah Gunung Merapi






Namun malang tak berbau buat Eri Yunanti, 21, dia terjatuh ke dalam kawah Merapi sedalam 200
meter ketika selfie di puncak gunung terbabit, Sabtu lalu.



Gambar terakhir Eri sebelum jatuh ke dalam kawah gunung berapi









Mahasiswa Universiti Atma Jaya Yogjakarta itu dilaporkan mendaki bersama lima rakan lain pada malam Jumaat sebelum tiba di puncak sekitar jam 11 pagi, Sabtu.



Ketika bergambar di Puncak Garuda yang terletak di tepi Kawah Merapi, Eri dikatakan tergelincir dan terus hilang dari pandangan.






Hingga kini pasukan mencari dan menyelamat diberitakan masih mencari mangsa.


Misi SAR agak sukar disebabkan keadaan cuaca yang kurang elok, manakala kawah mengeluarkan gas beracun hingga alat bantuan pernafasan terpaksa digunakan.

sumber
loading...