TIPS MUDAH! Cara Bagaimana Nak Dapatkan CGPA 3.5 Ke Atas Sepanjang Semester




Bagi setiap pelajar, tidak kira sama ada pelajar maktab, matrikulasi, kolej mahupun universiti, sudah pasti mahu mendapatkan CGPA (Purata Nilai Gred Akademik) 3.5 ke atas..Tambahan pula, jika kursus atau subjek yang di ambil adalah sukar, sudah tentu ia akan menjadi masalah..Jadi, kalau anda mahukan sedikit tips, meh usha kat bawah ni..







Tidak ada rahsia besar yang perlu dibanggakan. Bahkan tidak perlu sama sekali untuk memberikan tumpuan sepenuh masa hanya untuk menatap buku dan berada di perpustakaan sepanjang hari untuk mendapat keputusan yang baik. 



Kehidupan sebagai pelajar dikecapi dengan sepenuhnya dengan berbagai aktiviti bersama kawan-kawan dari mula mengaji sehinggalah tamat pengajian. Pelajar semua boleh mendapatkan keputusan yang sama jika mengamalkan petua mudah yang seperti di bawah:

  • Jangan sesekali ponteng kelas - Jangan sesekali ponteng kelas walaupun satu subjek sepanjang pengajian dari mula sampai habis. Ini banyak membantu kita mempamerkan keseriusan pada pensyarah dan mereka biasanya sentiasa suka menolong pelajar yang serius nak belajar.

  • Pergi awal sebelum kelas bermula - Sentiasa berada di bangunan di mana kelas akan diadakan sekurangnya 15 minit awal. Pastikan persiapan anda untuk belajar lengkap segalanya bermula dari buku, kertas untuk menyalin nota dan alat-alat tulis.
  • Memberikan tumpuan pada pelajaran sampai faham - Tumpu pada pelajaran yang diajar dan setiap kali tak faham, angkat tangan bertanya sampai faham. Selagi tak faham, angkat tangan dan jika pensyarah ajar laju-laju, bangun dan tegur pensyarah agar mengajar dengan rentak perlahan dan minta untuk ulang semula. Biasanya pensyarah akan ulang semula dan jika perlu dia akan datang ke meja untuk mengajar saya.

  • Ajar sekurang-kurangnya pada 3 orang kawan sekelas - Sebenarnya ramai pelajar yang tak faham langsung apa yang diajar oleh pensyarah tetapi mereka diamkan diri berpura-pura faham. Saya tahu situasi itu dan biasanya saya akan terangkan pada mereka yang tak faham tadi terutamanya kawan rapat sampai mereka faham sebelum balik. Selagi mereka tak faham saya akan terangkan dan tidak akan balik selagi mereka tak faham.

  • Jemput kawan ke bilik jika masih tak faham - Bila balik ke bilik, kebanyakkan dari kita akan jarang mengulang kaji. Apa yang boleh di buat adalah ajak rakan-rakan yang nak ulangkaji datang ke bilik dan belajar di situ. Sambil membaca, mereka belajar dan jika tak faham, cuba fahamkan diri anda dahulu dan kemudian ajar mereka pula. 

  • Bersukan setiap petang - Selesai solat asar, kalau boleh, jangan duduk dalam bilik untuk belajar. Itu merupakan masa penting untuk sibukkan diri anda di padang. Sibukkan diri anda dengan bermain tenis, sepak takraw, ping-pong, bola dan apa saja yang orang lain main. Bersukan sampai berpeluh membuatkan diri kita letih dan lebih mudah untuk tidur awal.

  • Bersolat jemaah Maghrib dan Isya' - Ini penting untuk tenangkan jiwa dan mendamaikan hati. Waktu ini digunakan untuk berwirid dan berdoa agar Allah cerahkan hati kita untuk memahami pelajaran. 

  • Tidur awal - Pastikan untuk berehat tidur sebelum pukul 10 malam. Semua kerja rumah atau ulangkaji akan dilakukan selepas waktu Isya' sampai selewatnya pukul 10. Tiada lagi hiburan selepas waktu itu. 

  • Bangun awal dan mulakan semula perjalanan sebagai pelajar dan ulang semula semua yang diatas.

Kalau boleh, jangan sesekali belajar sampai lewat malam sama ada esok nak periksa atau tidak. Pastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab soalan berdasarkan apa yang telah difahami semasa belajar di kelas.


Kalau soalan yang perlu hafalan, jangan suka belajar seorang diri. Cari seorang kawan untuk menjadi orang yang akan memegang buku dan bertanyakan soalan. Jawab soalan yang ditanya sampai betul dan bertukar giliran sampai kedua-dua anda dan kawan anda faham.


Anda juga boleh mendapat keputusan yang bagus dalam pelajaran jika tidak tertekan dan ceria sepanjang masa dengan menjadi seorang pelajar.


sumber
loading...