LARIAN maraton Boston 2015 pada isnin lalu berjaya dirangkul oleh Lelisa Desisa dari Ethophia yang menamatkan larian itu dalam masa 2 jam 9 minit.
Dua tahun lalu Lelisa juga berjaya merangkul kejuaraan maraton tersebut sebelum dua letupan bom berlaku hingga meninggalkan kesan mendalam kepada peserta ketika itu.
Ternyata insiden tragis itu membuatkan semua peserta berasa emosi namun apa yang lebih menyentuh perasaan dalam larian Boston tahun ini adalah kegigihan seorang lelaki menamatkan acara ini.
Seorang lelaki yang menghidap satu penyakit pelik yang berkaitan dengan otot berjaya menamatkan acara larian Boston ini 20 jam selepas itu.
Maickel Melamed yang menghidap muscular dystrophy mempunyai keazaman yang sangat kuat untuk tamatkan acara itu.
Walaupun bertemankan cahaya lampu jalan dan hujan renyai, Maickel mendapat sokongan padu daripada semua orang untuk melangkah ke garisan penamat.
Penyakit pelik yang Maickel hidapi menyebabkan kesukaran untuknya bergerak namun tidak menghalangnya untuk tamatkan lima acara maraton sebelum ini.
– MYNEWSHUB.CC
Komen
comments