Video Lelaki Gigit Kepala Tikus Dilarang Miliki Haiwan Peliharaan.


SYDNEY: Seorang lelaki yang merakamkan dirinya menggigit kepala tikus hidup-hidup dan menyiarkan ia di Facebook dilarang memiliki haiwan peliharaan dan diarah melakukan kerja kemasyarakatan. 

Matthew Maloney, dikenali sebagai 'Mad Matt', didakwa berikutan serbuan oleh penyiasat pertubuhan kebajikan haiwan, RSPCA, selepas aksi pelik itu Januari lalu, yang menarik tontonan ratusan ribu penonton online. 

Lelaki berusia 25 tahun itu mengaku bersalah terhadap satu tuduhan menzalimi haiwan di Mahkamah Majistret Brisbane dan diarahkan melengkapkan kerja kemasyarakatan selama 100 jam, dan turut dilarang memiliki haiwan peliharaan. 

Majistret Suzette Coates menggambarkan beliau sebagai 'narkisis' dan Maloney meluahkan kekesalan, walaupun memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa tindakannya tidak terlalu teruk, menurut Perbadanan Penyiaran Australia (ABC). 

Video berkenaan menunjukkan Maloney memasuki bilik, menggigit kepala tikus dan membasuh ia dengan vodka. Klip itu dilaporkan adalah cubaan mencetuskan cabaran media sosial baru yang mengganggu. - AFP

Berita Harian Online
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

loading...