Video Empat Perompak Larikan RM500,000 Di Sungai Bakap.


Nibong Tebal: Empat lelaki melarikan wang tunai kira-kira RM500,000 dalam rompakan di premis pengurup wang di Sungai Bakap, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.15 pagi itu, semua suspek bertopeng dan bersenjatakan parang meluru masuk ke premis berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superitenden Shamsudin Mamat berkata, ketika kejadian ada tiga pekerja wanita dan tiga pelanggan dalam premis berkenaan.

"Suspek merampas satu beg berisi wang tunai kira-kira RM500,000 yang diletakkan di atas meja.

"Wang berkenaan adalah hasil kutipan selama tiga hari dan ia tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun kerana bank masih ditutup," katanya.

Harian Metro
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

loading...