"PAGI TU BILA AKU MASUK DAPUR SEMUA BERTEMPIARAN LARI BILA, RUPA-RUPANYA..."- INSAN BIASA


Ceritanya begini, aku seorang lelaki yang dari kecil memang sudah terbiasa dengan cara hidup bandar. Jadi, kalau lepak dengan kawan-kawan, memang ada yang akan free hair. Dan bila aku nampak perempuan free hair itu macam biasa sahaja. Malahan, kalau balik #kampung pun, sepupu-sepupu perempuan aku relaks saja free hair lepak depan televisyen bagai.

Bila aku kahwin dengan isteri yang #berasal dari keluarga yang alim-alim, soal aurat ini memang dijaga betul-betul.

Kisahnya bermula masa aku balik ke #kampung isteri. Sepupu-sepupu isteri aku yang kebanyakannya adalah perempuan sedang berkumpul di dapur. Kemudian aku pun menjengahlah ke dapur nak minum air. Bila aku menjejakkan kaki ke dapur, kesemua mereka bertempiaran lari seperti takutkan sesuatu.

Rupa-rupanya mereka semua mencapai apa sahaja #untuk menutup kepala. Ada yang sempat mencapai tudung, ada yang tak sempat mereka mencapai tuala, kain batik, kain pelekat, t-shirt dan lain-lain. Tudung saja saja belum lagi.

Aku terasa peliklah pada mula-mulanya. Selepas diberitahu isteri, barulah aku faham. Kadang-kadang perkara yang kita rasa normal dalam keluarga kita, sebenarnya mungkin pelik di mata orang lain.

Perkara ini berlaku 2-3 kali juga. Tetapi #sekarang, bila aku nak pergi explore ke mana-mana kawasan, aku suruh isteri survey dulu untuk pastikan kawasan itu 'selamat'.

Bila perkara ini terjadi, aku terasa macam seorang penjenayah yang nak merompak. Semua orang bertempiaran lari. Ada ke di antara korang yang pernah mengalami situasi ini seperti aku? - Insan Biasa |

loading...