Pekarangan Masjid Nabawi di Madinah digegarkan letupan bom daripada penyerang bunuh diri ketika azan Maghrib (atau malam tadi waktu Malaysia).
Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi empat pegawai keselamatan maut dan lima lagi cedera.
Ia adalah serangan ketiga di negara berkenaan selepas letupan pertama dan kedua berlaku di Jeddah dan Qatif.
Beberapa keping gambar dimuat naik di media sosial menunjukkan asap hitam berkepul-kepul naik di luar masjid berkenaan.
Memetik kenyataan kerajaan di Twitter, Al Jazeera melaporkan korban di kalangan pegawai keselamatan berlaku selepas mereka menghalang penyerang berkenaan memasuki masjid.
Ketika kejadian kawasan Masjid Nabawi dipenuhi ramai orang, termasuk warga asing, yang bersedia untuk berbuka
Warga Afrika Selatan, Ziyaad Patel, 36, berkata pada awalnya dia beranggapan bunyi itu datang daripada letupan meriam atau mercun meraikan sesuatu.
"Tetapi kemudian saya dapati gegarannya sangat kuat, seperti ada bangunan runtuh," katanya kepada AP.
Belum ada pengakuan
Stesen televisyen Aab Saudi, Al-Ekhbariya, kemudian menayangkan ribuan orang bersembahyang di dalam masjid selepas letupan berlaku.
Kira-kira waktu sama dua lagi letupan dilapor berlaku berhampiran sebuah masjid di Qatif, timur Arab Saudi
Malaysiakini
loading...
Share this
loading...