Bekalan Air di Kuala Terengganu, Marang & Kuala Nerus Dijangka Pulih Sepenuhnya Dalam 3 Hari


Kuala Terengganu, 10 Julai: Masalah gangguan bekalan air di Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus dijangkan bakal pulih sepenuhnya selewat-lewatnya tiga hari lagi.

Difahamkan, masalah itu timbul akibat masalah teknikal di loji air Kepong di Kuala Terengganu sejak petang kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ir Atemin Sulong, berkata gangguan air itu pada 7.30 malam semalam.

"Dalam tempoh baik pulih ini, sebahagian besar kawasan mengalami gangguan bermula 7.30 malam semalam. Sebahagian lagi akan menerima tekanan air yang rendah.

"Dianggarkan, hampir 500,000 penduduk di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang berdepan gangguan bekalan air.

“€Ĺ“Bagaimanapun, masalah ini dijangka pulih secara berperingkat bermula seawal petang ini dan pulih sepenuhnya dalam dua atau tiga hari lagi," katanya.

Menurut Atemin, pihaknya akan menghantar bekalan air bersih bagi meringankan beban ditanggung penduduk terbabit sepanjang tempoh baik pulih dijalankan.

Sumber : Harian Metro

loading...