As salam.
Semakin ramai golongan profesional yang mula menempatkan diri di Makkah al Mukarramah.
Kini, tenaga-tenaga pakar ‘orang kita’ sudah mula menyinar dan mengukir nama sendiri dalam pelbagai sektor di tanah barakah.
Ternyata kepakaran ini sudah mula bercambah di dalam pelbagai sektor profesional. Sesuatu yang patut kita banggakan dan ketengahkan kerana berada di sini sebagai tenaga profesional bermakna kita sudah semakin dipercayai dan diakui kehebatannya.
Lebih istimewa apabila berada di Makkah.. dapat memberikan khidmat bakti kepada seluruh tetamu-tetamu ALLAH yang datang. MashaAllah TabarakAllah..
Oleh itu saya mengambil peluang ini untuk menjadikan medium penulisan sebagai salah satu tempat merujuk ataupun ruang untuk kita sama-sama mengetahui dan menghargai tenaga-tenaga profesional yang telah menaikkan nama negara di Makkah al Mukarramah. Ternyata, hasil kerja orang kita sudah mampu membuka mata dan membuka ruang pekerjaan yang lebih meluas dalam kepakaran yang tersendiri.
Kalau beberapa tahun kebelakangan ini kita biasa melihat atau maklum tentang penglibatan tenaga profesional dari bidang pembinaan untuk projek-projek mega sahaja, amat mengagumkan saya apabila baru-baru ini saya telah berpeluang bertemu dengan beberapa orang tenaga profesional dalam bidang pemakanan atau kulinari yang menyumbang bakti untuk hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang di sini! Wow.
Chef-chef ini semua ternyata bukan calang-calang orangnya. Mereka telah mempunyai pengalaman istimewa mereka sendiri. Jom kita berkenalan dengan mereka..
Chef Zaffar Abd.Samad
Chef Zaffar
Chef Sufi Mansor
Chef Sufi
Chef Farizan Yahya
Chef Farizan
Chef Baharudin Che Isa.
Chef Baha Isa
Chef Hamzah Abd.Rahman
Chef Hamzah
“Tukang masak kerjanya enteng! Hari-hari masak nasi goreng..,” teringat pula lagu P.Ramlee dalam filem 3 Abdul.
Menjadi tukang masak profesional di Makkah, saya tidak merasakan ianya satu tugas yang ‘enteng’ kerana kota Makkah sentiasa menerima kunjungan tetamu ALLAH yang tidak putus saban hari. Tetamu-tetamu ini akan meningkat jumlahnya pada musim Ramadhan dan juga musim haji.
Bermakna kepakaran dan kerja keras chef-chef kita ini perlu bagi memastikan tetamu-tetamu ALLAH mendapat makanan yang bukan sahaja baik malah sedap rasanya! MashaAllah TabarakAllah..
Semoga ibadah di dalam pekerjaan yang dibuat mereka bukan sahaja dapat memuaskan hati para tetamu malah turut dapat menyumbang pahala di akhirat nanti. Bukankah kerja itu juga satu ibadah?
Si tukang masak untuk suami dan anak-anak, Masnira Ramli.