Wanita Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Bercakap Guna Telefon Sedang Dicas


KUALA LUMPUR, 17 Apr: Seorang wanita maut terkena renjatan elektrik ketika sedang bercakap menggunakan sebuah telefon  yang sedang dicas.

Suhana Mohamad, 30, 'diserang' renjatan elektrik di rumahnya di Taman Desa Baiduri, Cheras kira-kira 11.30 malam Jumaat lepas.

Laporan The Star melaporkan, suami mangsa, Raja Asri Raja Mat, seorang anggota polis unit E8 Bukit Aman sedang tidur ketika kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata Suhana telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di mana dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba oleh kakitangan perubatan.

Jenazah Suhana telah disembahyangkan di Bukit Aman sebelum di bawa ke Gua Musang, Kelantan untuk pengebumian. - Siakapkeli.my

loading...

Related Posts