Pejabat jualan Rayani Air tidak beroperasi berikutan tindakan syarikat tersebut menggantung operasinya. Foto : BH Online. |
PUTRAJAYA, 10 Apr: Satu surat pengantungan sementara akan dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kepada syarikat penerbangan Rayani Air, esok.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Rayani Air tidak boleh menggantung operasinya sendiri seperti yang dilakukan semalam kerana semua perkara berkaitan operasi penerbangan adalah tertakluk di bawah DCA.
"Kita akan menjalankan audit penuh ke atas Rayani Air dengan segera dan wakil mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan," katanya sebagaimana lapor BH Online.
loading...