MB Kelantan Dikejarkan ke Hospital, Alami Pendarahan Di Kepala


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) semalam setelah mengalami pendarahan di kepala, lapor Sinar Harian.

Menurut Setiausaha akhbar Menteri Besar, Asri Daud berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas itu kini berada dalam pemantauan pakar dan akan menjalani pembedahan kecil hari ini dan beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan YAB Ustaz Datuk  Menteri Besar.

"Sama-samalah berdoa agar beliau pulih seperti sediakala dan dapat berkhidmat sebagaimana biasa," katanya.

Difahamkan Ahmad menghadiri mesyuarat exco Kerajaan Kelantan semalam, namun mengadu kurang sehat dan meminta untuk meninggalkan mesyuarat.

Beliau dimasukkan ke HUSM 11.30 pagi. - Siakapkeli.my

loading...

Related Posts