Ecuador, 17 Apr - Satu gempa bumi kuat telah menggegar Ecuador hari ini dan telah meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa, kata timbalan presiden negara itu, Jorge Glas.
Glas menyifatkan kejadian itu sebagai "gempa terkuat yang dialami sejak berdekad-dekad lalu".
Menurut U.S Geological Survey, gempa itu bermagnitud 7.8.
Menurut The Associated Press, gempa menyebabkan sebuah jambatan runtuh dan bumbung sebuah pusat membeli-belah runtuh di bandar pelabuhan Guayaquil. Di Manta, lapangan terbang itu ditutup kerana kerosakan kepada menara kawalan.
Selain itu, turut dilaporkan beberapa kawasan di Quito kehilangan bekalan kuasa. - Siakapkeli.my
— Publimetro World (@PublimetroWorld) April 17, 2016
— Scott McClellan (@bamasevere) April 17, 2016
loading...