Ceramah Dr. Zakir Naik di UTeM Bertajuk Baru



Kuala Lumpur, 12 Apr: Ceramah Dr. Zakir Naik di UTeM Melaka pada Ahad ini diteruskan dengan tajuk baru iaitu "Women's Rights in Islam", lapor Harian Metro.

Perkara itu diputuskan selepas perbincangan dengan pelbagai pihak dan mengambil kira sensitiviti dan pandangan orang ramai, kata Pengarah Program Siri Syarahan Umum Dr. Zakir Naik 2016, Abu Shariz.

"Tajuk syarahan Dr Zakir Naik di Melaka sebelum ini ialah 'Similarities Between Hinduism and Islam' namun kami membuat keputusan menukar kepada tajuk baru kerana tajuk asal sensitif," katanya pada sidang media di sini, hari ini. - Siakapkeli.my

loading...

Related Posts