Bau Busuk Depan Klinik Bawa Kepada Penemuan Mayat Seorang Bayi Perempuan


KOTA BHARU : Bau busuk yang menyelubungi klinik Pengkalan Chepa hari ini telah membawa kepada penemuan sekujur mayat seorang bayi perempuan di hujung pagar kira-kira jama 12.30 tengahhari semalam, lapor Sinar Harian.

Mayat bayi perempuan terbabit dilaporkan telah ditemui oleh dua pekerja klinik di kawasan terbabit yang dibalut dengan baju sejuk dalam keadaan sempurna dan masih bertali pusat.

Bayi berkenaan dipercayai telah diletakan pada waktu malam kerana berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau ketika ditemui.

Pihak forensik telah‎ dimaklumkan untuk siasatan lanjut berhubung penemuan mayat itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatkan lanjut akan dijalankan. - Siakapkeli.my

loading...

Related Posts