Johan Cruyff Meninggal Dunia


AMSTERDAM: Lagenda bola sepak Belanda dan Barcelona, Johan Cruyff telah meninggal dunia pada usia 68 tahun menurut laporan di laman web peribadinya sebentar tadi.

Laman web tersebut melaporkan Cruyff meninggal dunia di sisi keluarga dan rakannya di Barcelona selepas bertarung dengan kanser.

Pada Februari lepas, Cruyff membuat satu kenyataan dengan mengatakan rawatannya kini berjalan lancar dan dia akan pulih sepenuhnya.

"Selepas beberapa kali rawatan, saya boleh kata yang keputusannya sangat positif. Terima kasih kepada kerja yang hebat dari doktor, sokongan dari orang ramai dan juga metaliti positif saya", katanya pada Februari. - Siakapkeli.my

Sumber : Laman web rasmi Johan Cruyff

loading...

Related Posts