PEMILIHAN novel berjudul Pantai Kasih bagi komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan empat dipersoal dan dikritik orang ramai di media sosial.
Ini
berikutan, orang ramai menyifatkan novel itu tidak sesuai untuk dibaca oleh
pelajar kerana mempunyai unsur-unsur lucah.
Antara
petikan ayat yang terkandung dalam buku tersebut adalah:
“Bagaikan
tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya.
Raiha telah menjadi mangsa kerakusannya. Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa
kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz
ke dalam badan Raiha..
“Doktor
Sadiz terus menyeringai dan terus giat menyempurnakan autopsi ataupun bedah
siasat ke atas jasad Raiha yang terhimpit dan terlentang di atas lantai lif
itu”.
Rata-rata netizen menyifatkan
peribadi watak yang ditonjolkan dalam novel ini tidak memberi sebarang contoh
atau tauladan yang baik kepada pelajar.
Menurut
seorang pengguna Facebook, Faiez Ali, novel ini berkisarkan tugas doktor dan
jururawat di sebuah hospital swasta yang melayan datuk, datin dan golongan kaya
serta kereta mewah yang dinaiki mereka.
“Dalam
cerita ini, ada doktor naik Porsche, ada doktor naik Volvo 960. Ada doktor
tinggal di kondominium yang macam hotel. Ada doktor miang suka menggetis dengan
jururawat. Ada doktor psycho dan angkuh. Ada doktor yang sakit jiwa dan
delusional. Ada doktor bercinta dengan doktor. Ada doktor nak bercinta
dengan nurse.
“Entah
kenapa la novel macam ini boleh masuk dalam silibus pendidikan
kita?
“Jika
ada pun, pengajaran yang berbaloi dipelajari dalam novel Pantai
Kasih ini adalah tentang bagaimana manusia jangan bergantung kepada
manusia, sebaliknya berserah kepada Tuhan sepenuhnya,” ujarnya.
Selain
itu, Faiez turut meluahkan rasa sedihnya terhadap kualiti penulisan Bahasa
Melayu pelajar kita pada hari ini.
Status
yang dimuat naik Faiez turut menarik perhatian ramai hingga mendapat lebih
840 ‘shares‘.
loading...