Kenapa Abang Kahwin Dengan Kakak Ipar? Dia Dahla Kulit Gelap Buruk Pulak
Tu|Dalam kehidupan Adik beradik dalam keluarga tentu sedikit banyak kita akan
memperhatikan siapa calon abang ipar ataupun kakak ipar kita.
Menerima meraka dalam keluarga terutamanya kakak ipar sudah tentu menjadi
sesuatu yang baru yang harus di terima dan di sesuaikan.
Umumnya manusia yang lebih suka menilai seseorang dari luar bukanlah hal yang
baru Lagi,begitulah seorang insan yang bernama maya yang terus menilai kakak
iparnya terlalu awal.Sampailah ia tahu kenapa abangnya yang kacak sanggup
memilih gadis biasa sebagau isterinya.
Berikut kisah maya yang telah di kongsikan di laman media sosial sehingga ia
menjadi viral sekaligus menjadi pengajaran kepada yang lain
Salam, tahun lepas aku dapat seorang lagi kakak ipar, abang ipar aku yang
kelima berkahwin. Dalam ramai-ramai abang aku, dialah yang paling kacak. Tetapi
isterinya bagi aku berwajah biasa-biasa sahaja. Tak cantik, berkulit gelap.
Dari mula mereka bertunang lagi, aku macam agak kecewa jugalah. Ingatkan
kakak ipar ini cantik, lawalah sehingga abang aku itu beria-ria suruh ummi aku
pergi meminang sampai ke pantai timur kami pergi.
Kawan-kawan aku juga teruja nak melihat gambar kakak ipar aku tetapi aku malu
sebab kakak ipar saya hanya biasa-biasa sahaja.
Abang aku jumpa dia dua kali saja selepas itu terus pinang. Mereka bertunang
lebih kurang dalam tiga bulan terus bernikah.
Selepas kahwin, kakak ipar iaitu Kak Na, duduk serumah dengan kami. Gayanya
agak kasar dan dia memang lasak seperti jantan. Aku sendiri kadang-kadang hairan
mengapa abang aku sayang sangat dekat dia. Pernah sekali aku nampak dia memanjat
tangga, tukar lampu dapur seorang-seorang.
Pokok rambutan belakang rumah aku pun selamba dia panjat. Masa itu saya ingat
lagi, saya menggeleng-geleng kepala dan cakap pada ummi yang Kak Na sudah serupa
'beruk'.
Kadang-kadang dia tolong ambil adik aku di asrama. Adik kata, Kak Na pandu
kereta seperti orang gila, laju seperti memandu Ferrari. Tetapi dalam
kasar-kasar Kak Na, suara dia agak lembut walaupun nyaring sikit. Kalau
anak-anak saudara aku datang, dia memang suka melayan. Dia bacakan buku cerita,
main buku warna dan lukis sehingga kadang-kadang ada yang tak mahu balik kerana
mereka mahu tidur dengan Kak Na. Kak Na pandai melayan karenah budak-budak.
Kak Na ini jenis yang 'Happy Go Lucky' jugalah. Kalau dia menonton televisyen
seorang diri pun dia boleh tergelak seperti langsuir. Tidak pernah aku tengok
dia ada masalah. Kadang-kadang orang tanya, dah berisi ke belum, air mukanya
berubah juga. Tetapi selepas itu Kak Na tersengih saja.
Ada sekali itu, aku baru balik rumah dengan abang aku, tengok Kak Na sedang
memanjat bumbung.
Punyalah cuak aku sampai menjerit Kak Na sudah gila ke apa?
Pada masa itu abang aku pun turut melaung sama marahkan dia. Rupa-rupanya dia
nak mengambil anak kucing yang terperangkap di atas bumbung.
"Kesian anak kucing tu, mengiau dari tadi sebab tak reti nak turun,"
katanya.
Abang aku marah dia sampai menangis. Itulah pertama kali aku melihat dia
menangis. Tetapi dalam sedu tangisan, dia sempat menjawab.
"Abang ingat Ana boleh tidur ke kalau kucing ini mati sebab jatuh dari
bumbung?" katanya.
Baru-baru ini, ummi aku tergelincir dalam bilik air. Kak Na lah yang siang
malam menjaga ummi.
Kak Na aku ini ada kelulusan ijazah jururawat. Walaupun
tidak kerja, tetapi kemahiran dia sangat mantap bagi aku yang tidak pernah
menjaga orang sakit ini.
Mandi, tukar lampin, suap makan, semua Kak Na yang buatkan. Sampaikan aku
sendiri segan dengan dia. aku sendiri pun terasa agak kekok nak menguruskan
Ummi. Mujur ada Kak Na.
"Maaf ummi, sebab tak dapat jaga ummi sepenuh masa," kata aku pada ummi.
"Tak apa, Kak Na ada," balas ummi.
Ummi tahu yang aku tidak menggemari Kak Na. Ummi kata jangan menilai orang di
luaran sahaja.
"Tengok dalam ramai-ramai kakak ipar kamu yang lawa-lawa itu, ada ke mereka
sanggup menunggu ummi di hospital dulu?" kata ibu yang membuatkan aku terasa
sangat bersalah pada Kak Na.
Teringat dulu yang aku pernah cakap-cakap belakang mengenai Kak Na. Alangkah
jahatnya aku.
Sekarang, ummi dah boleh berjalan semula tetapi menggunakan tongkat. Ka Na
masih duduk dengan kami walaupun abang aku sudah membeli rumah lain.
"Kak Na nak jaga Ummi dulu. Rumah itu tak apa, tak lari ke mana pun,"
katanya.
Hubungan aku dengan Kak Na juga semakin baik. Beberapa hari yang lalu ,aku
sempat bertanya pada abang kanapa dia sangat menyayangi Kak Na.
"Mula-mula jatuh cinta bila mendengar suaranya. Selepas itu abang uji
sikit-sikit, aalhamdulillah, abang yakin dengan pilihan abang," jawabnya.
"Abang tak rasa ke Kak Na itu kasar sikit?" soal saya lagi.
"Dalam bilik lain," selorohnya membuatkan aku tergelak. Bongok juga abang aku
ini.
loading...