Bapa Pasang Telinga Dengar Doa Anak Bongsu Berumur 9 Tahun|Sebuah status yang
di muat naik oleh mek cik siti,ia mengisahkan seorang bapa yang mempunyai ramai
anak dan kesemua anaknya berjaya.
Tentu itu adalah keinginan setiap yang bernama ayah,tapi tidak dengan bapa
dalam kisah ini,ia malan sebaliknya lebih berbangga dengan anak bongsunya yang
masih berumu 9 tahun.
Apa yang membuatkan beliau begitu berbangga dengan anak itu, jom
sama-sama kita baca.
Ustaz, saya ada 9 orang anak, anak-anak saya semua hebat-hebat. saya tidak
bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz. Saya mula bangun
tahajud sebab anak yang kesembilan ustaz. Dia baru darjah 6. Suatu malam
ustaz,saya dengar bunyi air pukul 3 pagi dari bilik air saya, saya bingkas
bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz dalam keadaan ambil wuduk, saya
tunggu kat luar.
Apabila dia keluar saja, saya tengok saja dia dan tanya kenapa dik? "saya
ambil wuduk abah" "kenapa ambil wuduk? "Adik tak solat isyak lagi?" "Adik nak
solat tahajud bah" dengar sahaja nak solat tahajud saya diam. Saya pun biarkn
dia.kemudian anak saya solat di ruang tamu.saya tengok dia berdiri ustaz.
Lama-lama dia menangis dalam qiam dia. Saya terdiam tengok anak perempuan saya
menangis dalam tahajud dia. Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya
pun duduk dibelakangnya .
Namun selesai sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan. Dia berdoa pada
Allah.Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil
menangis. Saya dengar dia sebut pada Allah dlm bisikan dia, " Ya Allah ampunkan
dosa ayah saya ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya ya Allah. ayah saya
tak bangun ya Allah, ayah saya tak tahajud ya Allah, ibu saya tak bangun" dia
sebut nama saya dalam doa dia ustaz, saya datang, saya peluk, saya cium anak
saya ustaz.
Saya tanya kenapa adik menangis? adik nak tengok abah solat dengan adik" "
bangun malam dengan adik" berjurai air mata saya ustaz. "Ya Allah anak aku
darjah 6, dah bangun tahajud, tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi". saya
kesat air mata dan janji dgn dia, akan bangun selalu dan solat dengan dia.
Bila kita diuji dgn penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tidak seperti
yang lain. Kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita. Kita rasa
kurang. Tapi bila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita menang, hati kita
menang untuk kehidupan akhirat. dan kita kenal mana yang kita nak tuju
sebenarnya.
Dosa banyak mana pun kita.Bila kita buat dosa pada siang hari, Allah
tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita. Bila kita buat dosa mlm hari, Allah
tunggu siang hari untuk ampunkn dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum,
Allah masih mahu ampunkan dosa kita...Allah. -
loading...