Peranan Wanita Dalam Perang Dunia Ke-2 Yang Anda Tidak Tahu (16 Gambar)




Penglibatan wanita dalam Perang Dunia II sekitar tahun 1939 hingga 1945 di negara-negara yang terlibat dengan perang sememamngnya tidak dapat disangkal.

Peranan mereka di sektor perkilangan senjata, oragnisasi awam seperti kerajaan dan menjadi tulang belakang di sektor ketenteraan adalah sebahagian sumbangan besar kepada negara-negara yang terlibat dengan Perang Dunia II.



Wanita sebagai Penembak Tepat Elit

Mereka turut terlibat dalam bidang Sains & Teknologi Ketenteraan


Pada penghujung berakhirnya Perang Dunia II, berdasarkan sumber yang telah direkodkan, kira-kira 2 juta golongan wanita telah terlibat dalam sesebuah negara yang terlibat dengan perang.




Dan tidak hairanlah ada dakwaan yang mengatakan golongan wanita seringkali ditempatkan di barisan hadapan dan dijadikan mangsa taktikal.

Sekitar tahun 1945 ketika perang hampir sampai ke kemuncaknya, dicatatkan beratus ribu wanita mneawarkan diri untuk berkhidmat di sektor ketenteraan samada sebagai jururawat dan penjaga unit pertahanan.

Manakala semasa perang di Soviet, kira-kira 800,000 orang wanita telah melibatkan diri sepenuhnya sebagai tentera dan turut bersama tentera lelaki di medan pertempuran.

Di Russia, selain melibatkan diri di medan pertempuran, mereka (wanita) banyak terlibat dengan sektor industri yang menyumbang kepada teknologi ketenteraan.

Kebanyakan wanita di sana banyak mengikuti program R&D dalam teknologi baru ketenteraan.

Mereka secara tidak langsung banyak bekerja di kilang-kilang yang menghasilkan kereta kebal, teknologi senjata dan pesawat tempur. Dan ada sebilangan mereka memegang jawatan tertinggi dalam ketenteraan.

Penglibatan wanita sememangnya tidak asing lagi bukan sahaja sebagai jururawat dan operator perhubungan tetapi secara sukarela menawarkan diri untuk terlibat sama ketika pertempuran dengan pihak musuh.

Di Amerika dan Britain, peranana wanita dalam ketenteraan tidak kurang hebatnya, kerana mereka kebanyakannya banyak terlibat dengan sektor perhubungan & komunikasi, serta penerbangan.

Tetapi ia tidak setanding dengan semangat ketenteraan yang dipamerkan oleh kaum wanita di sekitar negara Eropah lain. -HarianBlogger.Com






Di Sektor Perkilangan Dalam Menghasilkan Senjata


Adolf Hitler Sebagai Pemimpin Empayar Nazi 1933-1945 Turut Mengiktiraf Wanita Dalam Bidang Ketenteraan

Sebilangan Wanita Ditempatkan Di Pos Kawalan Dan Unit Pertahanan

Wanita Berperanan Besar Dalam Menghasilkan Poster dan Slogan Propaganda

Ketika Menjalani Latihan Peperangan

Berperanan Besar Dalam Mengendalikan Alat Telekomunikasi Dan Perhubungan

















loading...