ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
SEORANG pelajar, Hannah Stubbs, 22, membunuh diri selepas enam bulan menjadi mangsa rogol oleh rakan sekolejnya di Universiti Keele, akibat tekanan perasaan.
Menurut datuknya, Peter Stubbs, cucunya itu mengalami kemurungan yang teruk akibat serangan seks itu dan keadaannya bertambah teruk apabila Hannah tidak mendapat sokongan daripada pihak universiti.
Pada masa sama, polis juga didakwa lambat bertindak untuk menyiasat.
“Sepatutnya penyerang itu digantung pengajian daripada universiti. Saya hairan kenapa perkara berkenaan tidak berlaku di Keele.
“Jika tidak, sudah tentu Hannah akan kembali meneruskan pengajiannya,’’ katanya.
Sejak dirogol, Hannah enggan kembali mengikuti pengajian psikoterapi di universiti terbabit.
Dalam pada itu, jurucakap polis memberitahu, kes rogol itu kini dalam siasatan dengan pegawai yang menyiasat mempunyai kepakaran dalam serangan seksual.
“Ia juga termasuk merujuk Hannah kepada kumpulan sokongan,’’ katanya.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
loading...