Seorang pelacur kelas atasan yang menghebahkan gaya hidup mewah sambil mendakwa dia seorang pekerja Palang Merah dihukum penjara selama lima tahun kerana menjalankan aktiviti perjudian haram.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
Menurut dokumen di Mahkamah Daerah Dongcheng, Guo Mei Mei dituduh menjalankan operasi judi haram di pangsapurinya di sini dengan pertaruhan mencecah hampir tiga juta Yuan (RM2 juta).
Beberapa gambar di akaun laman sosial wanita itu sebelum ini menunjukkan kereta Maserati dan Lamborghini yang didakwanya dihadiahkan atas kerjanya sebagai seorang pengurus kanan.
Penyebaran gambar tersebut bagaimanapun menimbulkan kemarahan orang awam selain kebimbangan sama ada pertubuhan Palang Merah telah menyalahgunakan derma yang diterima pertubuhan amal itu.
Mei Mei kemudian menarik balik kenyataan mengenai penglibatannya dalam Palang Merah sebelum dia didedahkan menjadi pelacur kepada golongan elit yang kaya di China dengan kadar bayaran kira-kira 300,000 Yuan (RM202,000) untuk satu malam.
Pertubuhan Palang Merah berdepan dengan kesukaran mendapatkan derma sejak diheret ke dalam skandal wanita tersebut, menyebabkan Mei Mei mengeluarkan kenyataan memohon maaf di rangkaian televisyen tempatan, sambil memakai baju oren seorang banduan.
“Saya suka menunjuk, saya mempunyai pemikiran budak kecil yang suka berlagak. Saya mahu memberitahu pertubuhan Palang Merah bahawa saya memohon maaf. Saya juga mahu memohon maaf lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak menerima bantuan,” katanya.
Perjudian kebanyakannya dijalankan secara haram di tanah besar China tetapi dibenarkan di beberapa tempat lain di Hong Kong dan Macau. –Kosmo
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
loading...