SIAPA  sangka perwatakan bertudung dan lagak ‘emak-emak’  sebenarnya merupakan lakonan  semata-mata.
Di Sabah, gelagat sekumpulan empat perempuan bertudung yang  bersekongkol mencuri di sebuah premis berjaya dirakam sistem kamera litar  tertutup (CCTV).
Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial,  kejadian dikatakan berlaku pada 1 Jun lalu, di premis Sportmat,  Tawau.
Melalui rakaman, kelihatan suspek menggunakan taktik ‘sorok barang  celah kangkang’ dengan menggumpal pakaian sebelum menyelak dan menyumbatnya di  dalam baju yang dipakai.
Sejurus selepas itu, suspek beredar dan di  kedudukan yang sama, seorang lagi rakannya melakukan perbuatan yang serupa,  serentak dengan seorang lagi yang lain.
Tiga daripada mereka kemudiannya  beredar keluar dari premis berkenaan.
Sementara itu dari sebuah rakaman  di kedai yang sama, seorang wanita dilihat membuka kotak dan kemudian  mengepitnya di celah kelangkang. Ia dilakukan berdepan dengan CCTV dan suspek  kelihatan ditemani seorang lelaki dan anak kecil.
Keempat-empat makcik  geng “kangkang” ini akhirnya kelihatan bersatu untuk kembali mencuri di kedai  sama.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah  jua.
Salah seorang mereka “kantoi” apabila barang yang disembunyikan di  celah kelangkang terjatuh di hadapan salah seorang pekerja yang segera menjerit  hingga menarik perhatian orang lain.
Suspek bagaimanapun dengan selamba  cabut lari diikuti teman-teman sejenayahnya yang berlagak seolah-olah tiada apa  yang berlaku.
Dunia sekarang… macam-macam hal!
CC:newshub
loading...