TIKUS GERGASI PENGESAN PERIUK API DI AFRIKA (8 GAMBAR)

Boom!



Di Malaysia tikus adalah haiwan yang mempungi stigma yang buruk. Mereka diburu dan dibunuh kerana membawa penyakit berbahaya. Di Afrika tikus gergasi digunakan untuk menyelamatkan nyawa manusia. Tikus yang dilatih oleh APOPO mempunyai kemahiran mencari periuk api yang ditanam diTanzania dan Mozambique. Deria bau mereka yang kuat dengan mudah mengesan periuk api berbanding mesin pengesan periuk api yang digunakan. Oleh sebab itu mereka boleh membersihkan padang periuk api dengan lebih pantas berbanding manusia.


Projek APOPO ini bermula pada tahun 2000 dan diilhamkan oleh warga BelgiumBart Weetjens. Semasa muda beliau gemar bermain dengan tikus dan menyedari kemampuan menghidu mereka yang superb. Tikus Afrika dilatih dan sehingga kini lebih 9000 periuk api berjaya dinyahaktifkan oleh skuad tikus APOPO. Sejak tahun2000 juga tidak ada seekor tikuspun mati akibat meletup. Berat badan mereka tiduk mencukupi untuk mengaktifkan periuk api. Setiap tikus akan berkhidmat selama 6 tahun sebelum dibenarkan bersara.


Menarik sekali skuad APOPO juga boleh ditemui di Thailand. Kerajaan Thai menggunakan khidmat mereka untuk membersihkan padang periuk api berhampiran sempadan Kemboja. Tak semua tikus jahat!






Sumber Apopo Wiki


loading...