Lumrah lelaki suka pandang wanita cantik. Namun, ianya boleh diatasi jika kedua-duanya cantik di luar dan juga di dalam.
Lauryl Lavender, memuat naik cerita rakannya di laman Facebook mengenai seorang lelaki yang sudah mempunyai anak dan isteri namun matanya masih liar memandang perempuan lain.
ADA SOMEONE cerita kat aku pasal 'LELAKI YANG DAH BERISTERI TETAPI STILL GATAL'.
Di kedai makan, nampak pasangan dah ada anak. Pakai baju pun, baju couple. So sweetlah kononnya.
Si isteri dukung anak usia kira-kira 10 bulan. Si isteri duduk dengan anak, jaga tempat. Si suami pun beratur beli makanan.
Apabila si suami ini beratur, matanya meliar dan galak memandang seorang perempuan di depannya. Tengok dari atas sampai bawah. Macam tak boleh nak sorok. Cara dia pandang perempuan itu macam nak terkam. Cara dia tengok bernafsu macam apa dah.
Bila teman lelaki perempuan itu menoleh pada lelaki itu, mulalah dia mengelebah tengok ke tempat lain. Selepas itu, sambung balik tengok perempuan tadi.
Padahal dah ada isteri dan anak. Kasihan si isteri. Mesti dia ingat suami dialah yang paling sweet, setia bagai. Tetapi si suami kalau belakang isteri terus macam apa.
Tak reti nak comment dah. Kalau dah tahu ada isteri, tundukkanlah pandangan. Janganlah tengok macam tak puas ada isteri.
Kalau aku, dah lama sepak terajang suami macam tu. Cubalah fikir anak dengan isteri yang bagi kepercayaan tetapi suami macam haram.
Kasihanlah pada isteri dan anak. - LAURYL LAVENDER
Artikel ini ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
loading...