5 Syarat-Syarat Untuk BERMAKSIAT

Gambar Hiasan


Assalamualaikum w.b.t

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Ibrahim Bin Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu :-




1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezeki-Nya.




2. Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepadaNya maka jangan sampai kamu memijak bumi-Nya.





3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya maka sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya di mana tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat.




4. Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu maka cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah.





5. Jika pada hari kiamat nanti ketika malaikat penjaga neraka datang kepadamu untuk membawamu ke neraka maka usahakan untuk menolaknya.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas

loading...