Misteri Mayat Kanak-kanak Terapung

Bila akhbar Harian Metro menyiarkan imej jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Melaka, ramai yang menuduh akhbar itu mengedit gambar tersebut.




Yang pastinya, ia bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.

Untuk rekod, kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.

Wah ini betul-betul misteri!

Ada yang kata, imej kaki di celah kelangkang Abdul Ghani ‘menguatkan’ lagi yang foto itu telah diubahsuai.

Tetapi, kalau diperhatikan, kaki itu adalah kaki seorang kanak-kanak lelaki yang berbaju belang (ada dibulatkan dalam gambar di bawah)

Mungkin anda ada teori tersendiri? -Mynewshub










loading...