SEBUAH akhbar Rusia membuat satu laporan kontroversi apabila menuduh kelahiran kedua Kate Middleton hanya satu lakonan semata-mata.
Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah mendapatkan pandangan awam daripada wanita-wanita di sana.
Menurut akhbar pro Kremlin, Komsomolskaya Pravda, rata-rata kaum wanita Rusia berpendapat bahawa ianya sangat mustahil untuk ‘Duchess of Cambridge’ itu kelihatan terlalu mempesona ketika membuat kemunculan bersama Putera William dan puteri mereka.
Bukan itu sahaja, mereka turut berkata, bayi tersebut berkemungkinan telah dilahirkan awal beberapa hari.
Memetik kenyataan seorang wanita, “Jika dia benar-benar melahirkan anak secara normal, pastinya ia telah berlaku beberapa hari lalu.”
Seorang wanita lagi menambah, “Kate telah melahirkan bayinya tiga hari lalu. Mereka hanya membuat laporan tersebut sekarang. Lihatlah bayi tersebut, dia tidak kelihatan seperti baru dilahirkan.
“Puteri tersebut sekurang-kurangnya telah dilahirkan tiga hari lalu. Tiada apa yang dapat membantu Kate, walaupun dengan bantuan doktor terbaik ketika kelahiran, lima jam bertarung melahirkan bayi, dan kemudiannya meninggalkan klinik sambil berjalan.”
Bukan itu sahaja, ada individu turut menuduh Kate tidak melahirkan bayi tersebut.
“Ianya ibu tumpang yang melahirkan bayi tersebut, bukan Kate. Kate pastinya memakai ‘perut palsu’ yang menunjukkannya hamil.”
Sumber: Mynewshub
loading...