Tun M: ‘Ahmad Maslan macam orang tak tahu apa-apa’
KUALA LUMPUR, – Tun Dr. Mahathir Mohamad menepelak kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, lapor portalMyLaunchpad semalam.
Ahmad Maslan sebelum ini mendakwa mantan perdana menteri itu tidak faham akan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 1 April lalu.
Apabila ditanya mengenai perkara itu, Tun Mahathir menyatakan bahawa Ahmad Maslan tidak pernah menafikan apa-apa yang kenyataan yang dikeluarkannya sebagai salah.
“Saya tak faham, tapi apa yang saya kata dia tak kata salah. Tapi yang dia bercakap itu, macam orang tak tahu apa,” ujar Tun Mahathir.
Tun Mahathir bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan di Institut German-Malaysia di Kajang.
Beliau turut menambah walaupun bertanggungjawab ‘menjaga’ kewangan, namun apabila Ahmad Maslan bercakap dia seperti seorang yang tidak tahu apa yang diperkatankan
“Jaga pasal finance, tapi tak tahu pasal finance langsung, macam mana?” tambahnya lagi.
loading...