Punca Sebenar Dakwaan ‘Kubur 1 Malaysia’ Terjawab



MUAR – Dakwaan kononnya terdapat sebuah kawasan ‘perkuburan 1Malaysia’ di Kampung Tanjung Agas di sini yang menjadi viral di laman sosial Facebook adalah tidak benar.

Ketua Kampungnya, Ishak Ahmad berkata, kawasan berkenaan, yang dikatakan menempatkan kubur orang Islam, Cina dan penganut Kristian, tidak wujud seperti didakwa.

“Kami telah melakukan siasatan sebaik menerima berita berkenaan dan setakat ini saya sahkan kawasan perkuburan itu tidak terdapat di sini.

“Di Tanjung Agas ini terdapat hanya dua tanah perkuburan Islam dan kami tidak menjumpai mana-mana kubur yang lain apatah lagi seperti yang didakwa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rakaman video mengenai kawasan perkuburan itu berdurasi selama lebih dua minit. dimuat naik dalam laman sosial pada 19 April lalu. – Bernama

Sumber:

loading...