Panggang diri untuk rawat kanser



China: Seorang lelaki yang menghidap penyakit leukemia mengambil keputusan memanggang dirinya sendiri sebagai kaedah alternatif merawat penyakit berkenaan.

Jia Binhui, 25, mengambil keputusan memanggang tubuhnya di atas bara api kerana tidak mampu membayar kos perubatan yang mahal di hospital.




Beberapa pakar perubatan memberitahu Binhui, suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser di dalam tubuhnya.

Binhui membina satu pemanggang khas di belakang rumahnya supaya dia boleh menjalani rawatan berkenaan pada setiap hari.

Dia disahkan menghidap leukemia pada 2013 dan telah menghabiskan semua wangnya menjalani pemindahan sumsum tulang.

Bagaimanapun, Binhui yang bekerja sebagai petani tiada wang untuk menjalani rawatan susulan di hospital.

“Saya mendapat idea untuk menjalani rawatan ini selepas doktor memberitahu saya bahawa suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser.

“Saya berharap rawatan ini berjaya dan saya tidak akan berputus asa,” katanya.

Menurutnya, pada setiap pagi dia mencari kayu dan ranting di ladang berhampiran sebelum dibakar di bawah dua batang kayu besar.

Apabila api itu tinggal bara dia akan berbaring di atas dua batang kayu berkenaan selama mana yang dia boleh bertahan.

“Saya merancang untuk menjalani rawatan ini selama beberapa bulan lagi sebelum pergi semula ke hospital bagi melihat sama ada keadaan saya semakin baik atau tidak,” jelasnya.


loading...