Nelly Ditahan Atas Dakwaan Miliki Dadah


PENYANYI Nelly dilaporkan ditahan pihak berkuasa atas dakwaan memiliki dadah dan senjata api di Tennessee, baru-baru ini.


PIhak polis menemui dadah jenis meth dan marijuana dalam bas persendirian yang dinaiki oleh penyanyi itu bersama-sama rakannya, Brian Jones.


Sebaik ditahan, kedua-dua suspek dibawa ke Penjara Putnam County namun dibebaskan selepas membayar ikat jamin sebanyak USD$10,000 (RM36,940).


Ini bukan merupakan kali pertama penyanyi yang terkenal dengan lagu Hot In Here ini ditahan pihak berkuasa atas tuduhan yang sama.


Sebelum ini, pada 2012, bas yang dinaiki Nelly pernah ditahan kerana disyaki membawa bahan terlarang dan senjata api dalam kenderaan tersebut.


Namun, tiada sebarang dakwaan dikenakan terhadap Nelly pada ketika itu. – MYNEWSHUB.CC


Komen


comments