Berdasarkan kepada fakta bahawa kitab "Grand Grimoire" wujud atau tidak ia adalah sebuah buku yang dikenali sebagai "The Dragon Red" dan "Injil syaitan". Buku ini dikatakan benar-benar wujud kerana Gereja Roman Katolik secara rasmi mendakwa buku atau Gospel ini hak milik mereka, tetapi tidak pernah dipamerkan untuk tontonan orang ramai.
Hakikat bahawa ia telah ditemui di Jerusalem pada tahun 1750, berdekatan dengan makam Nabi Sulaiman a.s, samada dalam bentuk tulisan Hebrew atau Aramaik. Manuskrip ini tidak bertarikh ketika ditulis, tetapi ketika ditemui semula, ianya bertarikh 1522 Masihi.
Ahli teori mendakwa bahawa ia telah disalin dalam tahun itu daripada manuskrip asal dan menulis tarikh pada tahun 1522 dan fakta sebenarnya ia ditulis mungkin dalam Masihi 1200an atau lebih awal.
Bukti terawal yang diketahui ia datang dari tulisan-tulisan Honorius Thebes, yang kewujudannya tidak terbukti dan tidak dapat dinafikan. Ia mungkin ditulis oleh Paus Honorius III (1148-1227).
Honorius Thebes dipercayai telah menulis sesuatu yang kini dirujuk sebagai 'Sworn Book of Honorius' (Kitab Sumpahan Honorius), dan fakta bahawa dari mana Grand Grimoire diperolehi sebenarnya tidak diketahui.
Sesetengah orang berpendapat bahawa Honorius sama ada mempelajarinya sendiri dari Iblis sendiri atau yang dimiliki oleh Iblis untuk tujuan penulisan buku ini. Ia mengandungi arahan untuk memanggil iblis pada bila-bila masa, di mana-mana tempat di bumi untuk pelbagai tujuan kejahatan.
Perkataan "grimoire" bermaksud buku sihir yang mengandungi ajaran tentang jenis-jenis sihir sama ada baik atau buruk. Banyak salinan buku ini yang kononnya telah diedarkan di seluruh dunia tetapi tidak seorang pun mendakwa teori gospel ini ialah konspirasi yang mengandungi kata-kata sebenar Grimoire. Ia sangat popular dalam budaya ilmu guna-guna dan sihir bagi puak negro di Haiti dan pengamal yang mendakwa menggunakan buku ini sepanjang masa seperti buku masakan mereka untuk mantera dan pemujaan.
Ahli teori mendakwa Grand Grimoire itu sendiri luar biasa kerana ia tahan terbakar, tidak boleh dipotong, ditusuk, ditembusi, koyak, atau dalam apa-apa cara untuk merosak atau memusnahkannya.
Ia adalah satu-satunya buku dengan pengetahuan tentang bagaimana untuk memanggil syaitan (menyeru Ilbis, lain-lain roh atau apa-apa saja) dengan upacara tertentu untuk dilaksanakan dan di samping itu ia boleh memanggil mana-mana syaitan tertentu (Pazuzu daripada "The Exorcist" di kalangan syaitan).
Yang ditulis oleh Iblis ialah butiran bukti pelbagai keajaiban kitab ini, lokasi tepat peninggalan bible dan mengandungi lakaran peribadi bentuk sebenar Iblis, muka Judas Iscariot dan Nabi Isa (kononnya). Kerana ia disimpan dan menjadi hak milik Gereja Katolik, teori mendakwa bahawa setiap Pope bermula dari manusia biasa dan kemudian menjadi hak milik syaitan dan apabila dia dipilih sebagai Pope tertinggi, secara logiknya Pope bukan menyembah Tuhan, tetapi Iblis.
Pada tahun 1989, filem "Warlock" yang dibintangi oleh Julian Sands sebagai bakal Dajjal menggunakan Grimoire sebagai plot utama berdasarkan fakta-fakta yang boleh dibuktikan dan fakta-fakta dalam Grand Grimoire itu sendiri. Jadi di manakah Grimoire sekarang? Tentu saja tersimpan didalam Arkib Rahsia Vatican (tempat segala rahsia kebenaran dan kecurangan kitab bible).
Kewujudan ilmu-ilmu hitam ini sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi di mana amalan sihir oleh orang-orang Yahudi berleluasa ketika itu. Mereka boleh berhubung dengan Iblis Azazil dan Dajjal Al-Maseh secara langsung melalui buku-buku sihir ini. Mungkin kitab ini ditemui oleh kumpulan Knight Templar semasa mereka mengawal kota Baitulmuqqadis dulu.
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".
"Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui". (Al-Baqarah 2:102).
loading...