JAKARTA, – Seorang wanita mati dibunuh minggu lalu kerana menegur badan seorang lelaki berbau.
Memetik laporan Harian Terbit, wanita muda berkenaan yang bekerja sebagai pelacur mati dibunuh pelanggannya yang berang dengan keceluparan mulutnya ketika memberikan ‘perkhidmatan’.
Tertuduh dikenali sebagai Prio Santoso dan berusia 24 tahun. Prio didakwa membunuh Deudeuh Alfisahrin, 26, selepas mangsa enggan melakukan hubungan seks dalam tempoh yang lama.
Menurut Prio, kali pertama dia melanggan Deudeuh adalah pada Mac lalu. Mereka berkenalan melalui laman internet Twitter sebelum bersua muka di rumah mangsa.
“Walaupun dia seorang wanita yang cantik, tetapi saya tidak berpuas hati dengan layanannya dan merancang untuk melanggannya semula,” ujar tertuduh.
Semasa hari kejadian, mangsa meminta lelaki itu melakukan hubungan seks dengan cepat kerana lelaki itu merupakan pelanggannya yang terakhir.
Prio menyatakan bahawa ‘perkhidmatan’ yang diterimanya adalah jauh lebih buruk dari pertama kali dahulu. Lelaki itu berang apabila janda anak satu itu sekali lagi menggesa supaya melakukan hubungan seks dengan cepat.
Tambahan pula mangsa bertindak mengutuk kulit Prio yang hitam serta menegur badannya berbau.
Mulut mangsa yang celupar itu menyebabkan lelaki itu tidak dapat menahan kemarahan lalu menjerut leher mangsa dengan kain sehingga mati sebelum melarikan diri.
Prio ditangkap oleh pihak berkuasa pada Rabu minggu lalu ketika sedang tidur bersama dengan isterinya di rumah mereka.
Sumber: Mylaunchpad
loading...