Menerima saranan yang dilaungkan oleh menteri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia ketika memberi ucapan di UiTM minggu lalu, maka makin banyaklah pelajar universiti yang berkongsi gambar mereka sedang memasak di hostel.
Saranan menteri tersebut adalah bertujuan supaya mendidik golongan pelajar universiti agar berjimat cermat ketika menghadapi gelombang GST yang dikenakan oleh kerajaan bermula 1 April lalu.
Dengan memuatnaik gambar dan meletakkan kapsyen “kami sahut saranan menteri” kini menjadi viral di internet dan beberapa laman sosial yang lain.
Saranan oleh menteri tersebut mencetuskan kontroversi seluruh rakyat Malaysia bilamana ‘idea’ yang diberikan beliau membuatkan seluruh golongan masyarakat tidak berpuas hati disaat menghadapi cukai GST yang benar-benar membebankan. -HarianBlogger.Com
loading...
1 comments:
Hahaha. Ahmad Maslan layak masuk Maharaja Lawak dah