Fakta Menarik!!! Tahukah Anda Apa Wanita Bincangkan Ketika Berada Ditandas!

type='html'>



goipSurvey oleh Georgia-Pacific (pembuat tisu Quilted Northern) ini melibatkan hampir 1,300 lelaki dan wanita berusia 18-64 tahun. Dari survey tersebut, disimpulkan bahawa toilet bukan lagi sekadar tempat untuk BUANG, tapi sebuah tempat sosial.
Sebanyak 86% responden mengatakan selalu bercakap hal peribadi, namun 73% responden sepakat toilet awam sebaiknya tidak digunakann sebagai tempat sosial. Berikut enam hal yang biasanya dilakukan perempuan ketika sedang berada di dalam tandas.
Mengumpat tentang hal orang lain
Seramai 86% orang yang disurvey mengakui mereka bercakap apa saja dari kisah asmara di pejabat hingga hal rakan sekerja yang jadi anak emas bos. Mungkin bilik yang tertutup di toilet itu membuat rahsia-rahsia yang dibualkan menjadi lebih selamat.
Tips: Jika ingin mengumpat orang lain, lakukan di tempat yang lebih baik. Mungkin orang yang anda katakan ada di dalam salah satu bilik itu atau terbaik: berhentilah mengata tentang orang lain!
Mendengar orang yang sedang bergosip
Masih ada hubungannya dengan hal pertama, sebanyak 57% dari hal mendengarkan orang yang sedang mengatakan hal-hal buruk tentang rakan kerjanya. Menunggu di dalam bilik air kerana ingin menjadi saksi percakapan tadi.
Tips: Jika Anda sedang di dalam bilik dan mendengar orang lain mengumpat, segeralah keluar sebelum mereka selesai berbual.
Mencari bilik yang berada kawasan di tengah
Ini penemuan yg cukup menarik. Nicholas Christenfeld, PhD, psikologi dari University of California, San Diego, menemui 60% gulungan tisu toilet paling banyak tercicir di bilik bahagian tengah. Hal ini menunjukkan bahawa lokasi kesukaan perempuan di toilet adalah yang berada di tengah.
Kenapa? Kerana hal itu tidak perlu menggunakan otak kita dalam membuat keputusan serius, masuk ke bilik kiri atau kanan.
Tips: Bilik mana-mana pun yang anda pilih, pastikan tidak ada tisu, bungkus pembalut, tuala atau apapun tercicir di lantai. Buang dengan cermat di dalam tong sampah.
Kadang-kadang, tidak membasuh setelah buang air kecil
Puncanya kerana petugas cleaning service tidak menyediakan tisu yang baru, dan malu untuk meminta tisu pada orang di bilik sebelah. Sebanyak 56% perempuan yang disurvei mengatakan bahawa mereka tidak suka meminta-minta tisu seperti itu.
Tips: Bawalah tisu sendiri bila masuk ke mana-mana toilet untuk kesejahteraan masa depan.
Berkhayal, mengelamun dan merokok
Sesetengah tempat membuat larangan merokok di tempat kerja seperti sekarang, banyak orang mencuri-curi tempat untuk merokok. Mereka melakukannya mengaku terpaksa, selain itu mereka juga menggunakan waktu untuk mengelamun, melupakan hal pekerjaan untuk sebentar, atau menenangkan hati. Dan banyak juga perempuan yang masuk ke toilet untuk menangis!
Tips: Merokoklah luar kawasan kerja, dan anda tidak mengganggu orang lain.
Membetulkan rambut dan solekan
Dimana tempat perempuan kembali menyapu bedak, maskara, dan lipstik yang sudah luntur, tanpa perhatian orang lain, kecuali di toilet? Mereka juga menukar pakaian dan membetulkan kembali rambut yang sudah kusut. Di sesetengah toilet di kafe atau hotel, biasanya disediakan perfume. Inilah sebabnya, perempuan suka sekali berlama-lama di toilet.

Sumber

loading...