Handphone clone berlambak dipasaran, sekali tengok nampak sebijik sama macam yang original. TelefonSamsung juga tidak dapat lari daripada di clone. Namum ada trick tertentu yang dapat kita bezakan antara telefon clone atau original.
Aku rasa ada banyak cara dan tips serta petua yang sudah orang lain beritahu tentang cara-cara nak mengetahui handphone samsung yang original. Kalau orang dah biasa, sekadar tengok dengan mata pun dah tau itu telefon clone atau orginal. Tapi ramai juga yang masih tak tahu nak membezakan antara kedua-dua handphone ni.
Sebenarnya ada banyak lagi trick yang patut kita cuba, untuk menguji keaslian telefon samsung. Mungkin boleh dijadikan langkah berjaga-jaga semasa kita mahu membeli telefon yang baru. Tapi aku berikan satu trick sahaja, trick yang lain anda boleh cuba search dekat google.
Okey sekarang ambil telefon Samsung masing-masing, pegang elok, dah sedia, jom ikut langkah-langkah dekat bawah ini:
Method #1
1) Dail no *#0*#
2) Click button sensor
3) Click button image test
Senang kan.
Kalau telefon Samsung anda itu original ia akan mengeluarkan gambar seperti ini :
Yup! akan keluar gambar anak anjing. Jika keluar gambar selain dari gambar diatas, sah dah telefon Samsung tu bukan yang original. Mungkin telefon anda buatan China atau Taiwan.
Original = gambar anjingTaiwan 2nd class = gambar handphoneCina low class = gambar yang lain-lain keluar
Method #2
1). Dail *#06# di telefon anda.2). Nombor IMEI akan terpapar pada skrin telefon.
3). Anda juga boleh semak nombor IMEI untuk pengesahan seterusnya di www.imei.info. Akan keluar nanti info maklumat berkenaan telefon anda nanti.
4) Nombor IMEI juga boleh didapat pada belakang tempat bateri di telefon.
Semoga tips cara mengetahui handphone samsung original atau tidak ini, akan dapat membantu anda semua agar tidak tertipu dengan jurujual, yang kadangkala mulut manis macam tebu.
Tapi aku terfikir kenapa Samsung letak gambar anak anjing ini secara tersembunyi, di dalam handphone keluaran mereka.
loading...