“Ah Beng” Hina Melayu Pengecut!!!












Semakin menjadi-jadi isu perkauman di negara kita dan tidak tahu apa puncanya. Sebelum ini tidak pula timbul isu-isu sebegini sehingga penulis pun terpinga-pinga mengapa tiba-tiba sahaja isu perkauman menjadi semakin hangat.


Menerusi forum Cari.com.my kali ini didedahkan seorang lelaki berbangsa Cina, Vincent Choo, yang ketika ini menetap di Puchong New Village telah memuat naik satu status yang agak mengguris hati penulis sendiri sebagai seorang Melayu. Status di laman sosialnya itu terang-terangan menyatakan yang Melayu pengecut apabila dia membuka sejarah yang Melayu tidak pernah berperang mempertahankan tanah air kecuali di Bukit Kepong.


Baru sahaja sebelum ini seorang lelaki berbangsa Cina dipenjarakan kerana tidak menghormati sensitiviti agama lain dengan menghina Nabi Muhammad S.A.W. Sepertinya segelintir rakyat kita yang tidak serik terus menghangatkan isu ini.


Penulis amatlah berharap yang perkara ini dihentikan dengan segera dan bagi mereka yang terlibat seharusnya dikenakan hukuman yang lebih keras. Kerana perkauman boleh meruntuhkan negara kita yang berbilang bangsa ini.

Sumber

loading...