5 Perkataan Bahasa Inggeris Yang Selalu Orang Kita Gunakan



Kita semua tahu bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi kedua negara Malaysia. Orang kata, kalau pandai berbahasa Inggeris, senanglah dicampak ke ceruk mana pun dalam dunia ni – pasti dapat survive (survive bermaksud dapat mengharungi apa-apa dugaan).

Berkongsi entri yang dimuatnaik di blog satira Satrika.my di bawah adalah, 5 perkataan bahasa Inggeris yang selalu digunakan oleh orang kita.

1. Free


Perkataan ‘free’ atau dalam bahasa Melayunya bermaksud percuma memang popular di kalangan orang Malaysia. Kalau dalam promosi produk, biasanya orang Malaysia akan mudah tertarik dengan perkataan ‘free gift’. Contohnya beli telefon bimbit, dapat ‘free gift’ – pasti akan ada orang yang berebut nak beli, walaupun free gift itu setakat kalendar meja saja.

2. Sale


Perkataan ‘sale’ pula popular di kalangan wanita Malaysia. Perkataan ini sangat popular di daerah Sogo atau negeri Aeon. Kalau anda ternampak perkataan SALE ini dan anda sedang memandu manakala anda pula seorang yang cepat tertekan, nasihat kami jauhkan diri dari daerah ‘Sale’ untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Biasanya, perkataan ‘sale’ akan diselang-selikan dengan perkataan ‘discount’. Setakat ini, belum pernah ada lagi sale tudung Fareeda sampai 50%.

3. Sex

Walaupun pada luaran, perkataan 18SX ini taboo, tapi ia antara perkataan yang mendapat jumlah carian Google antara yang tertinggi di Malaysia. Perkataan ‘sex’ juga berkaitrapat dengan perkataan ‘porn’ dan kedua-duanya adalah non-halal.

4. Fuck


Ramai yang menyangka perkataan ini adalah perkataan lucah, tetapi sebenarnya ia lebih kepada perkataan mencarut yang sama dasyhat seperti lanjio ataupun jilaka nakharom. Perkataan fuck ini digunakan oleh mereka yang mahu mencarut dan dalam masa yang sama mahu kelihatan terpelajar. Tak mainlah mencarut dalam bahasa Melayu, katanya.

5. Viral

Perkataan ini adalah yang terkini menjadi perkataan popular di kalangan rakyat Malaysia, dan mungkin juga seluruh dunia. Sikit-sikit viral, sikit-sikit viral.

Sumber:

loading...